Melihat foto dan video
Gunakan aplikasi Album untuk melihat foto dan memainkan video yang telah anda ambil
dengan kamera atau untuk melihat kandungan yang serupa, yang telah anda simpan ke
peranti anda. Semua foto dan video dipaparkan dalam grid yang disusun mengikut
kronologi.
1
Lihat pilihan menu
2
Tatal ke atas atau ke bawah untuk melihat kandungan
3
Seret tepi sebelah kiri skrin ke kanan untuk membuka menu skrin utama Album
4
Tarikh item dalam kumpulan
5
Ketik foto atau video untuk melihatnya
Untuk melihat foto dan video
1
Dari Skrin utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Album .
3
Ketik foto atau video untuk melihatnya.
4
Kuis ke kiri untuk melihat foto atau video seterusnya. Kuis ke kanan untuk melihat
foto atau video sebelumnya.
Jika orientasi skrin tidak bertukar secara automatik apabila anda memusingkan peranti ke sisi,
tandakan kotak semak
Skrin autoputar di bawah Tetapan > Paparan.
Untuk menukar saiz imej kecil
•
Apabila melihat imej kecil foto dan video dalam Album, gerakkan dua jari ke arah
bertentangan untuk zum masuk atau cantumkan bersama dua jari untuk zum
keluar.
Untuk mengezum foto
•
Apabila anda melihat foto, gerakkan dua jari ke arah bertentangan untuk zum masuk
atau camtumkan bersama dua jari untuk zum keluar.
Untuk menonton tayangan slaid foto anda
1
Apabila anda melihat foto, ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik
>
Tayangan slaid untuk mula memainkan semua foto dalam album.
2
Ketik foto untuk menamatkan tayangan slaid.
89
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk menonton tayangan slaid bagi foto anda dengan muzik
1
Semasa anda melihat foto, ketik skrin untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik
>
SensMe™ slideshow.
2
Pilih muzik dan tema yang anda ingin gunakan untuk tayangan slaid, kemudian,
ketik . Aplikasi Album menganalisis foto anda dan menggunakan data muzik
SensMe™ untuk memainkan tayangan slaid.
3
Untuk menjeda mainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan, kemudian, ketik
.
Untuk memainkan video
1
Dalam Album, cari dan ketik video yang hendak dimainkan.
2
Ketik
Filem > Sekali sahaja.
3
Jika kawalan main balik tidak dipaparkan, ketik skrin untuk memaparkannya.
Untuk menyembunyikan kawalan, ketik skrin lagi.
Untuk menjeda video
1
Apabila video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan.
2
Ketik .
Untuk maju pantas dan putar balik video
1
Apabila video sedang dimainkan, ketik skrin untuk memaparkan kawalan.
2
Seret penanda bar perkembangan ke kiri untuk putar balik atau ke kanan untuk
maju pantas.
Untuk melaraskan kelantangan video
•
Tekan kekunci kelantangan.