Sony Xperia T3 - Menu skrin utama album

background image

Menu skrin utama album

Melalui menu skrin utama Album, anda dapat menyemak imbas semua album foto anda,

termasuk album foto dan video yang diambil dengan kamera serta kandungan yang

anda kongsi dalam talian melalui perkhidmatan seperti PlayMemories, Picasa™ dan

Facebook. Setelah anda dilog masuk ke perkhidmatan sedemikian, anda boleh

mengurus kandungan, memberi komen pada foto dan video dan melihat komen

daripada rakan. Daripada aplikasi Album, anda turut boleh menambah geoteg pada foto,

melaksanakan tugas penyuntingan asas dan menggunakan kaedah seperti teknologi

wayarles Bluetooth® dan e-mel untuk berkongsi kandungan.

1

Lihat foto dan video menggunakan perkhidmatan Dalam Talian PlayMemories

2

Kembali ke skrin utama aplikasi Album

3

Lihat semua foto dan video yang diambil dengan kamera peranti anda

4

Lihat semua foto dan video yang disimpan ke peranti anda dalam pelbagai folder

5

Lihat foto dan video kegemaran anda

6

Lihat semua foto yang mengandungi muka

7

Lihat foto anda pada peta atau dalam mod glob

8

Lihat foto dan video di Facebook™

92

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

9

Lihat foto dan video di Picasa™

10 Lihat foto menggunakan perkhidmatan dalam talian Flickr™

Perkhidmatan Dalam Talian PlayMemories tidak tersedia di semua negara atau rantau.

Untuk melihat foto daripada perkhidmatan dalam talian dalam Album

1

Dari Skrin utama anda, ketik .

2

Cari dan ketik

Album , kemudian seret sisi kiri skrin utama Album ke kanan.

3

Ketik perkhidmatan dalam talian yang dikehendaki, kemudian ikut arahan pada

skrin untuk bermula. Semua album dalam talian yang tersedia, yang telah anda

muat naik ke perkhidmatan itu akan dipaparkan.

4

Ketik sebarang album untuk melihat kandungannya, kemudian ketik foto dalam

album itu.

5

Kuis ke kiri untuk melihat foto atau video seterusnya. Kuis ke kanan untuk melihat

foto atau video sebelumnya.

Untuk melihat dan menambah komen pada kandungan album dalam talian

1

Semasa melihat foto daripada album dalam talian, ketik skrin untuk memaparkan

bar alat, kemudian ketik untuk melihat komen.

2

Masukkan komen anda dalam medan input, kemudian ketik

Siar.

Untuk "Suka" sesuatu foto atau video pada Facebook™

Semasa melihat foto atau video dari satu daripada album Facebook™, ketik skrin

untuk memaparkan bar alat, kemudian ketik untuk menunjukkan bahawa anda

"Suka" item di

Facebook™.