
Mencerminkan skrin peranti anda secara wayarles di TV
Anda boleh menggunakan Pencerminan skrin untuk memaparkan skrin peranti anda di
TV atau paparan besar yang lain tanpa menggunakan sambungan kabel. Teknologi Wi-Fi
Direct™ membuat sambungan wayarles antara kedua-dua peranti itu, jadi anda boleh
bersantai sambil menikmati tontonan foto kegemaran anda dengan selesa dari sofa
anda. Anda juga boleh menggunakan ciri ini untuk mendengar muzik daripada peranti
anda melalui pembesar suara TV.
TV anda perlu menyokong pencerminan skrin berdasarkan Wi-Fi CERTIFIED Miracast™ bagi
kefungsian yang diterangkan di atas untuk berfungsi. Jika TV anda tidak menyokong
pencerminan skrin, anda mungkin perlu membeli penyesuai paparan wayarles secara
berasingan.
Semasa menggunakan pencerminan skrin, kualiti imej kadang kala mengalami impak negatif
jika terdapat gangguan daripada rangkaian Wi-Fi® lain.
Untuk mencerminkan skrin peranti anda di skrin TV
1
TV: Ikut arahan dalam Panduan pengguna untuk TV anda bagi menghidupkan
fungsi pencerminan skrin.
2
Peranti anda: Daripada Skrin utama anda, ketik .
3
Cari dan ketik
Tetapan > Kesambungan Xperia™ > Pencerminan skrin.
4
Ketik
Hidupkan Pencerminan skrin dan pilih peranti yang anda ingin cerminkan
kandungannya.
Apabila menggunakan pencerminan skrin, jangan tutup kawasan antena Wi-Fi peranti anda.
TV anda perlu menyokong pencerminan skrin berdasarkan Wi-Fi CERTIFIED Miracast™ bagi
kefungsian yang diterangkan di atas untuk berfungsi.