Mengecas peranti anda
Peranti anda mempunyai bateri yang telah dipasang dan boleh dicas semula yang harus
digantikan oleh Sony atau pusat pembaikan Sony yang berdaftar. Anda tidak seharusnya
cuba membuka atau menanggalkan sendiri peranti ini. Membuka peranti ini boleh
menyebabkan kerosakan yang akan membatalkan waranti anda.
Bateri tidak dicas sepenuhnya apabila anda membeli peranti. Anda masih boleh
menggunakan peranti anda semasa ia sedang dicas. Baca lebih lanjut mengenai bateri
dan cara untuk meningkatkan prestasinya dalam
Bateri dan pengurusan kuasa
pada
halaman 119 .
10
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengecas peranti anda
1
Pasangkan pengecas ke dalam salur keluar kuasa.
2
Pasangkan satu hujung kabel USB ke dalam pengecas (atau ke dalam port USB
komputer).
3
Pasangkan satu lagi hujung kabel ke dalam port USB mikro pada peranti anda,
dengan simbol USB menghadap ke atas. Lampu pemberitahuan menyala apabila
pengecasan bermula.
4
Apabila peranti sudah dicas penuh, putuskan sambungan kabel dari peranti anda
dengan menariknya lurus keluar. Pastikan penyambung tidak bengkok.
Sekiranya bateri telah ternyahcas sepenuhnya, mungkin mengambil masa beberapa minit
sebelum lampu pemberitahuan menyala dan ikon pengecasan
kelihatan.
Status lampu pemberitahuan bateri
Hijau
Paras cas bateri melebihi 90%
Berdenyar merah
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 15%
Jingga
Bateri sedang dicas dan paras cas bateri kurang daripada 90%
11
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.