Pemasangan
Lapisan plastik perlindungan dilekatkan pada skrin. Anda harus menanggalkan lapisan ini
sebelum menggunakan skrin sentuh. Jika tidak, skrin sentuh mungkin tidak berfungsi
dengan betul.
Untuk memasukkan kad SIM mikro
Gunakan hujung pen yang halus atau alat lain yang serupa untuk memasukkan kad SIM mikro.
7
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
1
Dengan bahagian belakang peranti menghadap anda, masukkan kuku jari ke
dalam ruang antara penutup slot kad SIM mikro dan bahagian belakang peranti,
kemudian tanggalkan penutupnya.
2
Dengan sesentuh berwarna emas menghadap anda, masukkan kad SIM mikro ke
dalam slotnya sehingga anda mendengar bunyi terkunci.
3
Pasang semula penutup slot kad SIM mikro.
Jika anda memasukkan kad SIM mikro semasa kuasa peranti dihidupkan, peranti akan
dimulakan semula secara automatik.
Untuk memasukkan kad ingatan
Gunakan hujung pen yang halus atau alat lain yang serupa untuk memasukkan kad ingatan.
1
Masukkan kuku jari ke dalam ruang di antara penutup kad ingatan dan peranti,
kemudian tanggalkan penutup kad ingatan itu.
2
Letakkan kad ingatan di dalam slot kad ingatan, dengan sesentuh berwarna emas
menghadap anda, kemudian tekan kad ingatan ke dalam slot hingga masuk
sepenuhnya dan anda mendengar bunyi terkunci.
3
Pasang semula penutup kad ingatan.
Untuk mengeluarkan kad SIM mikro
1
Keluarkan penutup slot kad SIM mikro.
2
Menggunakan hujung pen yang halus atau alat lain yang serupa, tekan kad SIM
mikro ke dalam, kemudian lepaskannya dengan cepat.
3
Tarik kad ke luar dan keluarkannya sepenuhnya.
4
Pasang semula penutup slot kad SIM mikro.
8
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengeluarkan kad ingatan
1
Matikan peranti dan tanggalkan penutup slot kad ingatan.
2
Menggunakan hujung pen yang halus atau alat lain yang serupa, tekan kad
ingatan ke dalam, kemudian lepaskannya dengan cepat.
3
Tarik kad ke luar dan keluarkannya sepenuhnya.