Menavigasi aplikasi
Anda boleh menavigasi antara aplikasi menggunakan kekunci navigasi, bar aplikasi kecil
dan tetingkap aplikasi yang baru digunakan, yang membolehkan anda bertukar dengan
mudah antara semua aplikasi yang paling baru digunakan. Beberapa aplikasi ditutup
apabila anda menekan untuk keluar sementara aplikasi lain terus berjalan dalam latar
belakang atau dijeda. Jika aplikasi dijeda atau berjalan dalam latar belakang, anda boleh
teruskan dari tempat anda berhenti pada kali berikutnya anda membuka aplikasi.
1
Tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini – Membuka aplikasi yang digunakan baru-baru ini
2
Bar aplikasi kecil – Membuka aplikasi kecil
3
Kekunci navigasi tugas – Membuka tetingkap aplikasi yang digunakan baru-baru ini dan bar aplikasi
kecil
4
Kekunci navigasi Utama – Keluar daripada aplikasi dan kembali ke skrin Utama
5
Kekunci navigasi undur – Kembali ke skrin sebelumnya di dalam aplikasi atau menutup aplikasi
Untuk membuka tetingkap aplikasi yang terbaru digunakan
•
Tekan .
Untuk membuka menu dalam aplikasi
•
Semasa menggunakan aplikasi, tekan .
Menu tidak tersedia dalam semua aplikasi.