Sony Xperia T3 - Skrin aplikasi

background image

Skrin aplikasi

Skrin Aplikasi, yang anda buka dari skrin Utama , mengandungi aplikasi yang

diprapasang pada peranti anda serta aplikasi yang anda muat turun.

Untuk melihat semua aplikasi pada skrin Aplikasi

1

Dari skrin Utama anda, ketik .

2

Kuis kiri atau kanan pada skrin Aplikasi.

Untuk membuka aplikasi daripada skrin Aplikasi

Kuis kiri atau kanan untuk mencari aplikasi, kemudian ketik aplikasi.

Untuk membuka menu skrin Aplikasi

Apabila skrin Aplikasi dibuka, seret tepi kiri skrin ke kanan.

Untuk memindahkan aplikasi pada skrin Aplikasi

1

Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.

2

Pastikan bahawa

Susunan sendiri dipilih di bawah TUNJUKKAN APLIKASI.

3

Sentuh terus aplikasi sehingga ia menjadi besar dan telefonnya bergetar,

kemudian, seretnya ke lokasi baharu.

Untuk menambah jalan pintas aplikasi ke skrin Utama

1

Dari skrin Aplikasi, sentuh terus ikon aplikasi sehingga skrin bergetar, kemudian

seret ikon ke bahagian atas skrin. Skrin Utama terbuka.

2

Seret ikon ke lokasi yang dikehendaki pada skrin Utama, kemudian lepaskan jari

anda.

Untuk mengatur aplikasi pada skrin Aplikasi

1

Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.

2

Buat pilihan yang anda mahukan di bawah

TUNJUKKAN APLIKASI.

Untuk mencari aplikasi dari skrin Aplikasi

1

Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.

2

Ketik

Cari aplikasi.

3

Masukkan nama aplikasi yang anda ingin cari.

16

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menyahpasang aplikasi dari skrin Aplikasi

1

Untuk membuka menu skrin Aplikasi, seret tepi kiri skrin Aplikasi ke kanan.

2

Ketik

Nyahpasang. Semua aplikasi yang boleh dinyahpasang ditandakan dengan

.

3

Ketik aplikasi yang anda ingin nyahpasang, kemudian ketik

Nyahpasang.