Sony Xperia T3 - Widget

background image

Widget

Widget adalah aplikasi kecil yang anda boleh gunakan secara terus pada skrin Utama

anda. Ia juga berfungsi sebagai jalan pintas. Sebagai contoh, widget Cuaca

membolehkan anda melihat maklumat cuaca asas terus pada skrin Utama anda. Tetapi

apabila anda ketik widget, aplikasi Cuaca penuh terbuka. Anda boleh memuat turun

widget tambahan daripada Google Play™.

18

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk menambah widget ke Skrin utama

1

Sentuh terus kawasan kosong pada Skrin utama anda sehingga peranti bergetar,

kemudian ketik

Widget.

2

Cari dan ketik widget yang anda ingin tambah.

Untuk mensaiz semula widget

1

Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian

lepaskan widget. Jika widget boleh disaiz semula, contohnya, widget Kalendar

maka bingkai yang diserlahkan dan titik saiz semula kelihatan.

2

Seret titik ke dalam atau keluar untuk mengecilkan atau mengembang widget.

3

Untuk mengesahkan saiz baru widget, ketik di mana-mana pada Skrin utama.

Untuk memindahkan widget

Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian

seretnya ke lokasi baru.

Untuk memadam widget

Sentuh terus widget sehingga ia menjadi besar dan peranti bergetar, kemudian

seretnya ke .

Untuk menambah widget pada skrin kunci

1

Untuk aktifkan skrin, tekan sebentar kekunci kuasa .

2

Leret ke dalam dari bahagian kiri atas kawasan skrin sehingga kelihatan,

kemudian ketiknya.

3

Jika perlu, masukkan kod PIN, corak atau kata laluan anda untuk membuka kunci

skrin.

4

Cari dan ketik widget yang anda ingin tambah.

5

Jika perlu, ikut arahan pada paparan untuk selesai menambah widget.

Anda tidak boleh menambah widget pada skrin kunci secara lalai. Untuk mendayakan ciri ini,

ketik

Tetapan > Keselamatan, kemudian tandakan kotak semak Dayakan widget.