Sony Xperia T3 - Mendengar radio

background image

Mendengar radio

Radio FM dalam peranti anda berfungsi seperti mana-mana radio FM lain. Contohnya,

anda boleh menyemak imbas dan mendengar stesen radio FM dan menyimpannya

sebagai kegemaran. Anda perlu menyambungkan headset atau fon kepala berwayar

kepada peranti anda sebelum anda dapat menggunakan radio. Hal ini disebabkan

headset atau fon kepala itu bertindak sebagai antena. Selepas salah satu peranti ini

disambungkan, anda kemudiannya boleh menukar bunyi radio ke speaker, jika diingini.

1

Senarai kegemaran

2

Butang hidup/mati radio

3

Lihat pilihan menu

4

Frekuensi talaan

5

Simpan atau keluarkan saluran sebagai kegemaran

6

Dail penala

7

Jalur frekuensi - seret ke kiri atau kanan untuk beralih antara saluran

8

Bergerak ke atas jalur frekuensi untuk mencari saluran

9

Saluran kegemaran yang disimpan

10 Bergerak ke bawah jalur frekuensi untuk mencari saluran

Untuk mendengar radio FM

1

Sambungkan headset atau set fon kepala pada peranti anda.

2

Dari Skrin utama anda, ketik .

3

Cari dan ketik

Radio FM . Saluran yang tersedia kelihatan apabila anda tatal

melalui jalur frekuensi.

Apabila anda memulakan radio FM, saluran tersedia kelihatan secara automatik. Sekiranya

saluran mempunyai maklumat RDS, maklumat tersebut muncul beberapa saat selepas anda

mula mendengar saluran itu.

Untuk beralih antara saluran radio

Seret jalur frekuensi ke kanan atau ke kiri.

75

Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.

background image

Untuk memulakan carian baru untuk saluran radio

1

Apabila radio terbuka, tekan .

2

Ketik

Cari saluran. Radio mengimbas seluruh jalur frekuensi, dan semua saluran

yang tersedia dipaparkan.

Untuk menukar bunyi radio ke speaker

1

Apabila radio terbuka, tekan .

2

Ketik

Mainkan di speaker.

Untuk menukar semula bunyi ke headset berwayar atau fon kepala, tekan dan ketik

Mainkan

dlm fon kepala.

Untuk mengenal pasti lagu pada radio FM menggunakan TrackID™

1

Semasa lagu dimainkan pada radio FM peranti anda, tekan , kemudian pilih

TrackID™.

2

Penunjuk perkembangan kelihatan apabila aplikasi TrackID™ membuat sampel

lagu. Jika berjaya, anda ditunjukkan dengan hasil trek atau senarai kemungkinan

trek.

3

Tekan untuk kembali ke Radio FM.

Aplikasi TrackID™ dan perkhidmatan TrackID™ tidak disokong dalam semua negara/rantau

atau oleh semua rangkaian dan/atau pembekal khidmat di semua kawasan.