
Maklumat undang-undang
Sony D5102/D5103/D5106
Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Sony Mobile Communications AB atau syarikat bersekutu tempatannya,
tanpa sebarang waranti. Penambahbaikan dan perubahan kepada Panduan pengguna ini yang disebabkan oleh
kesilapan tipografi, maklumat semasa yang tidak tepat atau peningkatan program dan/atau peralatan, boleh
dilakukan oleh Sony Mobile Communications AB pada bila-bila masa tanpa notis. Walau bagaimanapun,
perubahan tersebut akan disatukan ke dalam edisi baru Panduan pengguna ini. Semua ilustrasi adalah untuk tujuan
ilustrasi sahaja dan mungkin tidak menggambarkan peranti sebenar dengan tepat.
Semua nama produk dan nama syarikat yang dinyatakan di sini adalah tanda dagangan atau tanda dagangan
berdaftar bagi pemilik masing-masing. Semua tanda dagangan lain adalah hak milik pemilik berasingan masing-
masing. Mana-mana hak yang tidak diberi secara nyata di dalam buku panduan ini adalah terpelihara. Lawati
www.sonymobile.com/us/legal/ untuk maklumat lanjut.
Panduan pengguna ini boleh merujuk perkhidmatan atau aplikasi yang dibekalkan oleh pihak ketiga. Penggunaan
pemprograman atau perkhidmatan sedemikian mungkin memerlukan pendaftaran berasingan dengan pembekal
pihak ketiga dan mungkin tertakluk kepada terma penggunaan tambahan. Bagi aplikasi yang diakses pada atau
melalui tapak web pihak ketiga, sila semak semula terlebih dahulu terma penggunaan dan dasar privasi yang
dikenakan oleh tapak web seperti itu. Sony tidak menjamin ketersediaan atau prestasi sebarang tapak web pihak
ketiga atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Peranti mudah alih anda mempunyai kebolehan untuk memuat turun, menyimpan dan menghantar semula
kandungan tambahan, sebagai contoh, nada dering. Penggunaan kandungan sedemikian mungkin disekat atau
dihalang oleh hak pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada sekatan di bawah undang-undang hak cipta
yang berkuat kuasa. Anda dan bukannya Sony, bertanggungjawab sepenuhnya bagi kandungan tambahan yang
anda muat turun atau hantar semula dari peranti mudah alih anda. Sebelum anda menggunakan sebarang
kandungan tambahan, sila sahkan bahawa penggunaan yang anda hasratkan dilesenkan sewajarnya atau
dibenarkan. Sony tidak menjamin ketepatan, integriti atau kualiti sebarang kandungan tambahan atau sebarang
kandungan pihak ketiga yang lain. Dalam apa keadaan pun Sony tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa
cara untuk penggunaan tidak wajar kandungan tambahan atau kandungan lain pihak ketiga oleh anda.
Lawati
www.sonymobile.com untuk maklumat lanjut.
Produk ini dilindungi oleh hak harta intelektual tertentu Microsoft. Penggunaan atau pengedaran teknologi
sedemikian di luar produk ini dilarang tanpa lesen daripada Microsoft.
Pemilik kandungan menggunakan teknologi pengurusan hak digital Windows Media (WMDRM) untuk melindungi
harta intelektual mereka, termasuk hak cipta. Peranti ini menggunakan perisian WMDRM untuk mengakses
kandungan terlindung WMDRM. Jika perisian WMDRM gagal melindungi kandungan, pemilik kandungan boleh
meminta Microsoft untuk membatalkan keupayaan perisian untuk menggunakan WMDRM untuk memainkan atau
menyalin kandungan yang terlindung. Pembatalan tidak memberi kesan pada kandungan yang tidak terlindung.
Apabila anda memuat turun lesen untuk kandungan yang dilindungi, anda bersetuju bahawa Microsoft mungkin
memasukkan senarai pembatalan dengan lesen. Pemilik kandungan mungkin menghendaki anda menaik taraf
WMDRM untuk mengakses kandungan mereka. Jika anda menolak naik taraf, anda tidak akan dapat mengakses
kandungan yang memerlukan naik taraf tersebut.
Produk ini dilesenkan di bawah visual MPEG-4 dan lesen portfolio paten AVC untuk penggunaan peribadi dan
bukan komersil pengguna untuk (i) pengekodan video yang mematuhi standard visual MPEG-4 ("video MPEG-4")
atau standard AVC ("video AVC") dan/atau (ii) penyahkodan MPEG-4 atau video AVC yang dikodkan oleh
pengguna yang terlibat dalam aktiviti peribadi dan bukan komersil dan/atau telah mendapatkannya daripada
pembekal video yang dilesenkan oleh MPEG LA untuk membekalkan MPEG-4 dan/atau video AVC. Tiada lesen
diberikan atau boleh dikenakan untuk sebarang penggunaan lain. Maklumat tambahan termasuk yang berkaitan
dengan penggunaan dan pelesenan untuk promosi, dalaman dan komersil boleh diperoleh daripada MPEG LA,
L.L.C. Lihat
www.mpegla.com. Pengekodan teknologi audio MPEG Layer 3 dilesenkan dari Fraunhover IIS dan
Thomson.
SONY MOBILE TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KERUGIAN, PEMADAMAN DAN/ATAU
PENULISAN GANTI DATA BAGI DATA PERIBADI ATAU FAIL YANG DISIMPAN PADA TELEFON ANDA
(TERMASUK TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA KENALAN, TREK MUZIK DAN GAMBAR) YANG TIMBUL
DARIPADA SEBARANG KEMAS KINI PERANTI ANDA MELALUI SEBARANG KAEDAH YANG DITERANGKAN
DALAM PANDUAN PENGGUNA ATAU DOKUMENTASI INI. DALAM APA JUGA KEADAAN, JUMLAH LIABILITI
SONY MOBILE ATAU PEMBEKALNYA TERHADAP ANDA UNTUK SEBARANG DAN SEMUA KEROSAKAN,
KEHILANGAN DAN PUNCA TINDAKAN (SAMA ADA DALAM KONTRAK ATAU TORT, TERMASUK TETAPI TIDAK
TERHAD KEPADA KECUAIAN ATAU SEBALIKNYA) ADALAH TIDAK MELEBIHI AMAUN SEBENAR YANG ANDA
BAYAR UNTUK PERANTI ANDA.
©Sony Mobile Communications AB, 2014.
Hak cipta terpelihara
126
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.