Mengemas kini peranti anda
Anda perlu mengemas kini perisian pada peranti anda untuk mendapatkan kefungsian,
penambahan dan pembaikan pepijat yang terkini untuk memastikan prestasi yang
optimum. Apabila kemas kini perisian tersedia, muncul dalam bar status. Anda juga
boleh menyemak kemas kini baharu secara manual.
Cara yang paling mudah untuk memasang kemas kini perisian adalah dengan
melakukannya secara wayarles dari peranti anda. Walau bagaimanapun, sesetengah
kemas kini tidak tersedia untuk dimuat turun secara wayarles. Anda perlu menggunakan
perisian Xperia™ Companion pada sebuah PC atau komputer Apple
®
Mac
®
untuk
mengemaskini peranti anda.
Untuk maklumat lanjut mengenai kemas kini perisian, lihat
www.sonymobile.com/update
.
Ruang kapasiti storan yang tidak mencukupi mungkin menghalang kemas kini. Pastikan anda
mempunyai kapasiti storan yang mencukupi sebelum mengemaskini.
Untuk menyemak perisian baru
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Pusat Kemas Kini.
3
Untuk menyemak bahawa anda mempunyai perisian sistem terbaru yang
dipasang, ketik
Sistem. Untuk menyemak kemas kini bagi aplikasi yang dipasang
pada peranti anda, ketik
Kms kini.
Mengemas kini peranti anda secara wayarles
Gunakan aplikasi Pusat Kemas Kini untuk mengemas kini peranti anda secara wayarles.
Ia mengendalikan kedua-dua kemas kini aplikasi dan kemas kini sistem dan juga boleh
memudahkan muat turun aplikasi baharu yang dibangunkan untuk peranti anda. Kemas
kini yang anda boleh muat turun melalui rangkaian mudah alih bergantung kepada
operator anda. Adalah disyorkan untuk menggunakan rangkaian Wi-Fi® dan bukannya
rangkaian mudah alih untuk memuat turun perisian baharu supaya anda boleh
mengelakkan kos lalu lintas data.
Untuk memuat turun dan memasang kemas kini sistem
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Pusat Kemas Kini >Sistem.
3
Pilih kemas kini sistem yang diinginkan, kemudian ketik .
4
Apabila muat turun telah selesai, ketik dan ikut arahan pada paparan untuk
menyelesaikan pemasangan.
Untuk memuat turun dan memasang kemas kini aplikasi
1
Dari skrin Utama anda, ketik .
2
Cari dan ketik
Pusat Kemas Kini >Sistem.
3
Untuk memuat turun kemas kini aplikasi tertentu, pilih kemas kini, kemudian ketik
. Untuk memuat turun semua kemas kini aplikasi yang tersedia, ketik . Kemas
kini dipasang secara automatik selepas muat turun.
Mengemas kini peranti anda menggunakan komputer
Anda boleh memuat turun dan memasang kemas kini perisian pada peranti anda
menggunakan komputer dengan sambungan Internet. Anda memerlukan satu kabel
USB dan sebuah PC atau komputer Apple
®
Mac
®
yang menjalankan perisian Xperia™
Companion.
Jika anda tidak mempunyai perisian Xperia™ Companion dipasang pada komputer yang
berkenaan, sambungkan peranti anda ke komputer menggunakan kabel USB dan ikut arahan
pemasangan pada skrin.
117
Ini ialah versi Internet penerbitan ini. © Cetak hanya untuk kegunaan peribadi.
Untuk mengemas kini peranti anda menggunakan komputer
1
Pastikan perisian Xperia™ Companion telah dipasang pada komputer PC atau
Apple
®
Mac
®
anda.
2
Menggunakan kabel USB, sambungkan peranti anda ke komputer.
3
Buka Xperia™ Companion jika ia tidak dilancarkan secara automatik.
4
Komputer: Jika kemas kini perisian baru dikesan, tetingkap timbul akan kelihatan.
Ikuti arahan pada skrin untuk menjalankan kemas kini perisian yang berkaitan.
Apabila anda menyambungkan peranti ke komputer melalui kabel USB, anda akan digesa
untuk memasang perisian Xperia™ Companion, atau batalkan, melainkan anda telah memilih
Jangan tunjukkan lagi.